JURNAL: Penghasilan Kitinase oleh Fungus Pencilan Tempatan

Jurnal Penelitian Perikanan - Penghasilan Kitinase oleh Fungus Pencilan Tempatan  - ABSTRAK : Enzim kitin dan enzim kitinolitik menjadi semakin penting bagi penggunaannya dalam aplikasi bioteknologi. Enzim kitinase digunakan meluas di dalam bidang pertanian untuk mengawal patogen tumbuhan. Kitinase dan kitooligomer yang dihasilkan daripada hidrolisis kitin juga digunakan dalam produk penjagaan kesihatan manusia. Kejayaan menggunakan kitinase untuk pelbagai kegunaan bergantung kepada bekalan bahan dan harga yang berpatutan.

Di dalam kajian ini, fungus telah diasingkan dan dipemencilkan Trichoderma sp. telah dipilih berdasarkan keupayaannya membentuk zon jernih yang besar pada ‘Chitinase Detection Agar’ (CDA) bagi pengesahan secara kualitatif. Penghasilan enzim kitinase dengan menggunakan fungus Trichoderma sp. dilakukan melalui kaedah fermentasi kelalang goncang. Pelbagai jenis media telah dikaji untuk mencari media terbaik bagi penghasilan enzim kitinase dengan menggunakan koloidal kitin sebagai substrat rujukan. Daripada pemerhatian, enzim kitinase tertinggi dihasilkan dengan menggunakan Medium Kawachi iaitu 0.70 U/mL pada hari ke-empat fermentasi. Medium Kawachi telah dipilih sebagai media asas untuk kajian induksi. Beberapa jenis bahan induksi yang termasuk ialah kitin, koloidal kitin, N-acetilglukosamin (NAG), glucosamine hydrochlorik dan kitosan oligosakarida telah digunakan untuk mengenalpasti keupayaan induksi yang berbeza bagi merangsang penghasilan enzim kitinase. Keputusan menunjukkan semua bahan induksi yang dikaji menyumbang kepada penghasilan enzim kitinase oleh Trichoderma sp. Ini mencadangkan tahap penghasilan enzim kitinase dikawal atau dirangsang oleh jenis media dan juga induksi yang digunakan.

Hasil kajian menunjukan koloidal kitin adalah induksi yang kedua terbaik selepas NAG. Di atas pertimbangan ekonomi, koloidal kitin telah dipilih sebagai bahan induksi untuk kajian seterusnya. Kesan kepekatan induksi yang terpilih seterusnya dikaji untuk penghasilan enzim kitinase. Kepekatan koloidal kitin yang rendah iaitu pada 0.3% (w/v) dapat menghasilkan aktiviti kitinase yang tertinggi sebanyak 0.72 U/mL. Seterusnya, hasil buangan udang mentah juga digunakan untuk merangsang penghasilan enzim kitinase. Hasil buangan udang mentah diberi pelbagai rawatan termasuk pengeringan di bawah cahaya matahari, rawatan dengan asid, rawatan dengan alkali dan rawatan dengan enzim digunakan untuk mencari substrat alternatif yang murah bagi penghasilan enzim kitinase. Bahan buangan udang yang dikeringkan di bawah cahaya matahari serta dikisar memberikan keputusan aktiviti kitinase yang tertinggi. Semua bahan buangan udang yang telah dirawat juga dianalisis untuk kandungan protein, kelembapan dan abu melalui kaedah analisis anggaran.

Baca juga Abstrak Jurnal Penelitian Perikanan lainnya:

0 Response to "JURNAL: Penghasilan Kitinase oleh Fungus Pencilan Tempatan"

Posting Komentar

wdcfawqafwef