Kajian Perbandingan Aktiviti Pengoksidan Lipid Secara In-Vitro bagi Ekstrak Mimosa Pigra dan Aplikasi Ekstrak Sebagai Antioksida dalam Pemakanan Tilapia

Jurnal Penelitian Perikanan - Kajian Perbandingan Aktiviti Pengoksidan Lipid Secara In-Vitro bagi Ekstrak Mimosa Pigra dan Aplikasi Ekstrak Sebagai Antioksida dalam Pemakanan Tilapia - ABSTRAK : Sebanyak 36 ekstrak Mimosa pigra telah diuji aktiviti antioksidanya dengan menggunakan ujian ferik tiosianat (FTC) dan asid tiobarbiturik (TBA). Didapati ekstrak rendaman air suling (daun) mempunyai aktiviti antioksida terbaik dalam ujian FTC, manakala ekstrak rebusan etil asetat (campuran batang, ranting dan daun) mempunyai aktiviti antioksida terbaik dalam ujian TBA.

Secara keseluruhannya, didapati ekstrak rebusan air suling (campuran batang, ranting dan daun) mempunyai aktiviti antioksida terbaik dalam kedua-dua ujian. Kajian diteruskan dengan memilih sembilan ekstrak terbaik antioksida daripada 36 sampel tadi untuk menjalani ujian aktiviti antioksida (ekstrak disingkirkan klorofil dengan menggunakan kaedah kromatografi kertas) [tujuh dari ekstrak rebusan iaitu metanol (campuran batang, ranting dan daun), metanol 80% (campuran batang, ranting dan daun), etanol 70% (campuran batang, ranting dan daun), etil asetat (campuran batang, ranting dan daun), metanol 80% (batang), metanol (daun), etanol (daun); dua dari ekstrak rendaman iaitu etanol 70% (batang) dan etil asetat (batang)]. Dalam ujian ini, sampel ekstrak air suling diabaikan dalam pemilihan ini kerana ketiadaan klorofil semasa pengekstrakan dilakukan.

Didapati ekstrak rebusan metanol 80% tanpa klorofil (campuran batang, ranting dan daun) menunjukkan aktiviti antioksida terbaik dalam ujian FTC manakala ekstrak rendaman etanol 70% tanpa klorofil (batang) menunjukkan aktiviti antioksida terbaik dalam ujian TBA. Secara keseluruhannya, ekstrak rendaman etanol 70% tanpa klorofil (batang) menunjukkan aktiviti antioksida terbaik dalam ujian tersebut. Dengan membuat perbandingan antara ekstrak rebusan air suling (campuran batang, ranting dan daun) dengan ekstrak rendaman etanol 70% tanpa klorofil (batang), didapati ekstrak rebusan air suling (campuran batang, ranting dan daun) masih menunjukkan aktiviti antioksida yang lebih tinggi daripada ekstrak rendaman etanol 70% tanpa klorofil (batang). Maka, ekstrak rebusan air suling (campuran batang, ranting dan daun) digunakan sebagai makanan tambahan dalam diet ikan secara in-vivo.

Baca juga Abstrak Jurnal Penelitian Perikanan lainnya:

0 Response to "Kajian Perbandingan Aktiviti Pengoksidan Lipid Secara In-Vitro bagi Ekstrak Mimosa Pigra dan Aplikasi Ekstrak Sebagai Antioksida dalam Pemakanan Tilapia"

Posting Komentar

wdcfawqafwef