JURNAL : Assesment Sumber Daya Udang Windu, Penaeus monodon di Kuala Baram, Miri- Sarawak

Jurnal Penelitian Perikanan - Assesment Sumber Daya Udang Windu, Penaeus monodon di Kuala Baram, Miri- Sarawak - ABSTRAK : Dua bot pukat tunda komersial, SF3-779 dan SF3-118 telah disewa khas bagi menjalankan survei udang. Kawasan survei ialah dari Tanjong Baram ke Kuala Bakam, Miri merangkumi persisiran pantai hingga ke kedalaman 50m. Keluasan kawasan survei ialah kurang lebih 295.5 batu nautika persegi.

Dua puluh tiga stesen menunda telah dijalankan; 13 stesen dibuat oleh bot SF3-779 di kedalaman air 11-50m dan 10 stesen di kendalikan oleh bot SF3-118 di kedalaman air 5-10m. Sebanyak 131ekor (51 jantan dan 80 betina) udang harimau berjaya ditangkap oleh bot SF3-779 dimana kadar tangkapan ialah 0.22 kgjam-1 bagi udang jantan dan 0.47 kgjam-1 bagi udang betina. Tangkapan udang harimau merupakan antara 0.4% - 5.6% (purata 2.16%) dari hasil tangkapan keseluruhan (5.74% spesis udang lain dan 92.1% ikan). Manakala bagi kawasan perairan cetek, bot SF3-118 berjaya mendarat sebanyak 7 ekor udang jantan dan seekor udang betina dengan kadar tangkapan masing-masing 0.03 kgjam-1 dan 0.006 kg/jam dimana tangkapan udang harimau merupakan hanya 0.75% dari tangkapan keseluruhan (10.16% spesis udang lain dan 89.09% ikan). Saiz udang harimau jantan yang didarat ialah dalam julat 28.3mm panjang karapas (103.5mm panjang badan dan mempunyai berat 20g) hingga 59.3mm panjang karapas (220.7mm dan berat 156g). Bagi udang harimau betina, saiz yang didarat ialah dari 37.0mm panjang karapas (163mm panjang badan dan berat 30g) hingga 75.0mm panjang karapas (282mm panjang badan dan berat 210g). Survei ini menunjukan bahawa kebanyakan (68.9%) dari induk udang harimau betina bersedia menetaskan telor, manakala 9.9% telah mengeluarkan telor. Kira-kira 90% dari sumber udang harimau didapati di perairan dalam 11–50m. Anggaran biomas adalah 2695kg bagi udang harimau jantan dan 3076kg bagi udang harimau betina berdasar kepada koeffisien tangkapan (q), bernilai 1.0. Pada tahap pendaratan semasa (1987 kg bagi udang jantan dan 3749 kg bagi udang betina) dan dari anggaran biomas, Hasil Mampan Maksima, ialah 4362kg dan 5720kg masing –masing bagi udang harimau jantan dan betina. Kadar eksploitasi, E adalah 0.4 setahun bagi kedua-dua udang harimau jantan dan betina. Kadar eksploitasi masih lagi rendah dengan mengambil kira tahap optimum ialah 0.5 setahun. Dengan keputusan ini, sumber udang harimau di perairan laut Miri, khasnya Kuala Baram perlulah dikekalkan pada tahap eksploitasi sekarang.

Kata-kunci: Penaeus monodon, biomas, hasil mampan maksima
teks lengkap >>

Baca juga Abstrak Jurnal Penelitian Perikanan lainnya:

0 Response to "JURNAL : Assesment Sumber Daya Udang Windu, Penaeus monodon di Kuala Baram, Miri- Sarawak"

Posting Komentar

wdcfawqafwef